TAHNIAH..TOK GURU

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

UNIT AMAL KEDAH DAN BANJIR





























PERSIAPAN KBS







Kompleks PAS Kedah - 07/11/09 - Sempena dengan mesyuarat penuh Jabatan Amal Kedah baru-baru ini. Persiapan awal KBS 09 dibuat oleh Jabatan Amal Kedah. Program yang dihadiri sendiir oleh S/U KBS sdr Rashidi. Antara persiapan yang dibuat ialah membaiki khemah dan agihan banner pengambilan peserta.

TIMBALAN PENGARAH 4 JABATAN AMAL DPPNK DITIMPA MUSIBAH






Kuala Kedah - Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Mohd Rosli Azmi telah menziarahi rumah Sdr Fuad Md Lazim yang mengalami kerosakan dibahagian dapur. Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sebanyak Rm 500.

Sejak berita ini disiarkan beberapa pihak telah tampil memberi bantuan samada berbentuk wang ringgit dan juga bahan binaan. DPPNK mengharapkan agar ramai lagi pihak yang sudi membantu supaya beliau dapat membina ruSebelum ini beliau banyak mengorbankan masa untuk membantu orang ramai yang memerlukan bantuan. Sekarang tiba pula masa beliau untuk dibantu.

Beliau boleh dihubungi di alamat:-

Sdr. Mohd Fuad bin Md. Lazim
No. 96A, KM 4, Jalan Putra, Kg.Mergong,
06250 Alor Star, Kedah
No H/P : 019 5593210

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada beliau seperti akaun berikut:-
MOHD FUAD BIN MD LAZIM 02011020776477 (BIMB)mah yang lebih selesa.

PEMUDA YANG BERANI


Saudara sekelian, apa yang kita inginkan kefahaman dan kesedaran bahawa sifat berani amat penting kepada kita. Kita perlu memiliki sifat berani didalam banyak perkara, antaranya:

-berani melakukan perkara yang bermanfaat dan menguntungkan Islam

-berani mengakui kekurangan

-berani menghadapi kritikan

-berani mencetus dan memimpin perubahan

-berani mengubah suasana dan adat yang rosak

-berani membebaskan diri dari kawalan serta pengaruh yang buruk

-berani bersikap jujur

-berani mempertahankan keyakinan

-berani menerima resiko

-berani menjadi “pemain” bukan sekadar “penonton” dalam perjuangan

-berani mengemukakan pandangan dan kritikan membina

-berani “bangun” setiap kali “jatuh”

-dan lain-lain

Namun bukanlah berani yang kita maksudkan di sini secara membuta tuli, sebaliknya mestilah keberanian yang dibina di atas kebijaksanaan dan penuh hikmah.

Mungkin ada di kalangan kita mengukur keberanian melalui sikap yang ditunjukkan, contohnya dikira berani kalau dapat menegur orang lain dengan lantang dan keras, bahkan dikira amat berani jika mampu “cerkah” orang lain. Ya, ada ketika kita mesti bersuara lantang dan keras, itu adalah salah satu ciri pemuda namun kita mesti bijak menggunakan “sifat keras” itu.

Adalah amat baik jika kita gunakan sifat berani kita untuk mengemukakan cadangan yang baru dan meneroka sesuatu langkah terkini untuk memajukan perjuangan kita.

Akan tetapi janganlah pula kerana terlalu berhikmah akhirnya kita menjadi bacul, lembik, ceroi dan yang semasa dengannya.

Wahai sahabat-sahabat para pemuda!

Renunglah apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:

“Janganlah salah seorang dari kamu menghina dirinya sendiri”.

Para sababat bertanya: “Wahai Rasulallah SAW, bagaimana seseorang itu menghina dirinya sendiri?”. Rasulullah menjawab dengan sabdanya: ‘seseorang yang melihat satu perkara yang patut ia memberi teguran kerana Allah, tetapi ia tidak berbuat demikian, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan bertanya kepadanya, apakah yang menghalang kamu daripada berkata (menegur) dalam perkara tersebut?, lantas orang itu menjawab: “kerana takutkan manusia”, Allah berfirman kepadanya: “Sepatutnya Akulah yang berhak engkau takut”

TAKLIMAT KEM BINA SHAKHSIAH







23/10/09 - Kubang Rotan - Kem Bina Shakhsiah yang akan diadakan pada 01-21/12/09 merupakan program tahunan yang melibatkan Jabatan Amal Negeri Kedah. Program kali ini dijangka akan mendapat sambutan yang cukup menggalakan. Justeru itulah pesiapan perlu dibuat lebih awal, terutama jabatan amal yang juga merupakan urusetia program.
Malam taklimat itu juga lah, jabatan amal diraikan dengan mengadakan sedikit jamuan makan yang ditaja oleh S/U KBS sendiri.. terima kasih

SURAT KEPADA KETUA PENGARAH

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat

Tuan

PER : Komen dan Cadangan
Merujuk Perbincangan Harian Jabatan Amal Kedah : 16/09/2009

Berhubung perkara di atas, kami dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah ingin mengemukakan beberapa komen serta cadangan bagi memperbaiki struktur perjalanan Jabatan Amal Malaysia.
Pada 1 Julai 1989 mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 sessi 1989/91 telah mengesahkan dengan satu unit penajaan seramai 12 orang bagi menggerakkan satu unit dibawah Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat yang dinamakan Unit Amal.
Sekarang genap 20 tahun penubuhan Unit Amal dan pelbagai jenis perkhidmatan telah dicurahkan kepada masyarakat dan PAS umumnya. Memang tidak dapat dinafikan, banyak jasa-jasa yag telah ditaburkan serta usaha-usaha dilakukan bagi memperkasakan lagi unit amal terutama diperingkat pusat.

Kini Unit Amal dikenali sebagai Jabatan Amal. Dan bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS. Bermakna Jabatan Amal adalah sebuah Lujnah atau sayap Dewan Pemuda PAS serta bebas dan tidak terlalu terikat atau terlalu bergantung kepada mana-mana lujnah dan cuma merujuk dengan Dewan Pemuda Pas. Penggunaan perkataan Jabatan amat jelas menggambarkan bahawa Jabatan Amal adalah sebuah organisasi yang boleh atau dibolehkan bergerak bebas tidak seperti lujnah-lujnah lain yang di bawah Dewan Pemuda Pas.

Jabatan Amal juga tidak perlu membuat Mesyuarat Agong bagi memilih jawatankuasa dan tidak perlu membuat Mesyuarat Agong KHAS bagi meminda akta-akta atau hala tuju.

Tetapi, ini komen dari kami bahawa tidak semestinya Jabatan Amal Pusat boleh membuat sesuka hati dalam mengubah serta meminda semua perkara yang selama ini telah berjalan dengan lancar. Mengapakah tidak diambil pandangan atau nasihat dari ahli-ahli bawahan. Adakah ahli-ahli bawahan ini cuma layak memikul bebanan atau tugasan yang diputuskan diperingkat pusat. Untuk pengetahuan tuan, adakah tuan dapat rasa atau sedar tekanan yang dihadapi oleh setiap anggota bawahan.

Terus terang kami nyatakan disini, perubahan yang dibuat oleh Jabatan Amal Pusat memang tidak relevan. Perlu di ingat bahawa kehebatan Jabatan Amal tidak seharusnya ditonjolkan dari sudut pakaian , jawatan dan pangkat tetapi biarlah dari sudut keikhlasan dan kesungguhan beramal. Dan Jabatan Amal Pusat perlu menilai semula atau mengkaji semula semua cadangan, pertukaran dan perkara baru yang tidak perlu dinyatakan disini yang telah Jabatan Amal Pusat setujui.

Tidakkah tuan sedar, mengapa ada tertubuhnya Amal Rescue Team yang diperkenalkan oleh salah sebuah Dewan Pemuda Pas Kawasan dalam negeri Selangor pada sessi Ust Jamsari dahulu. Dan adakah tuan mahu banyak lagi tertubuhnya unit-unit seperti itu yang terwujudnya dibawah Jabatan Amal.
Puncanya tidak lain, adalah kerana peringkat pusat tidak pernah ambil tahu atau tidak peka dengan perkembangan atau keperluan jenis perkhidmatan kepada masyarakat dan PAS sekarang ini.

Dan kami amatlah tidak bersetuju jika perlu mengurangkan khidmat kepada PAS serta perlu perbanyakkan program sendiri. Tidak kah tuan sedar bahawa pada asalnya AMAL iaitu Jabatan Amal dan Yayasan Amal sudah boleh membezakan tugas dan peranan. Biarlah Jabatan Amal berkhidmat untuk PAS dan Yayasan Amal dengan peranan nya untuk masyarakat.

Dan cadangan kami agar tuan dapat mengumpulkan semua anggota amal bagi mengambil pendapat serta pandangan. Dan harapkan kami agar Jabatan Amal Pusat mendengar segala permasalahan dari peringkat bawahan

Setakat ini dulu, banyak lagi yang hendak diperkatakan.

Tuan, ada kala kita perlu berada di bawah sambil memerhati apakah keperluan yang tidak terlaksana diperingkat bawah dan kalau kita sudah diatas, mintalah pandangan dari bawah. Yang dibawah bukan minta imbuhan, kami cuma mahu dihargai

Kami amat berharap tuan dapat membawa Jabatan Amal agar terus berkembang dengan positif dan mendapat tempat dalam hati masyarakat.

Sekian.
wassalam

“BERAMAL KERANA ALLAH”

ZAIDI MD NOOR
Setiausaha
Jabatan Amal
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

PENYUSUNAN GERAK ORGANISASI JABATAN AMAL NEGERI KEDAH


Untuk Maklumat Lanjut :
http://galeriunitamal.blogspot.com/

ALP TERLIBAT KEMALANGAN


11-10-09 / Bukit Selambau - Man Pokok Machang atau Othaman bin Yahya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Beliau merupakan ALP Jabatan Amal Negeri Kedah bagi sessi ini. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kaki beliau patah dan sekarang terpaksa direhatkan dirumah beliau di Bukit Selambau.
Justeru itu Jabatan Amal Negeri Kedah memohon kepada individu bagi membantu meringankan sedikit bebanan beliau.
Dan semua sumbangan boleh disalurkan terus kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah - Ust Zelani atau kepada S/U Pemuda Negeri - Ust Rosli

JOM PI JAMBORI

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top